Posts

Showing posts from 2015

Pantai

Image
Pantai. Aku suka pantai, suka tapi, itu dulu.. Bila kau dan aku bersatu. Tapi bukan sekarang, sekarang pantai sunyi. hanya deru ombak kedengaran sekarang pantai lenggang, hanya ada pokok pokok ru. Pantai tempat kita, tapi itu dulu, Dulu yang takkan kembali

HIDUP

Image
Kau hidup tapi kau gundah kau hidup tapi kau sengsara kau hidup tapi kau rakus kau hidup tapi kau alpa kau hidup tapi kau tak sedar penciptamu memerhatikan mu setiap gerak langkahmu setiap tutur bicaramu wahai manusia kau hidup tapi kau lupa dunia bukan sementara 👤👤👤👤👤👤👤👤👤

Warkah Cinta

malas bercerita pasal cinta.cinta buat kta takda pegangan.sekejap itu sekejap ini.semuanya tak jadi.jadi kenapa nak bercinta. kenapa?? sebab cinta bahagia. sebab cinta buat orang faham erti kekesalan sebab cinta buat orang jadi suka sebab cinta itu buta sebab cinta. cinta tak perlu kan sebab. apa yang perlukan sebab adalah anda. ya.kenapa anda.sbbnya adakah anda ingin bercinta jika tiada perasaan cinta. saya tak pandai nak berpujangga cukuplah sekadar saya paham erti cinta... nak bercinta perlukan keberanian. nak bercinta perlukan kesetian. nak bercinta perlukan kasih sayang nak bercinta ... susahnya bercinta begitu.... kenapa cinta sesama makhluk ini sungguh aneh.aneh kepada kta dan kepada semua yang berada disini dan disana... resepi bercinta ni senang.. jawapan nya mudah jeng jeng jeng jengg... Cinta kepada Allah S.W.T itulah cinta paling agung.. bukan cerita cinta lakonan aaron aziz ataupun semua yang ada di kaca televisyen .. tetapi cinta kita kepada Pencipt...

Pengalir Air Mata

hati sedih.orang cakap putus cinta ni perih.itu org cakap.tapi apa yg kta rasa lain. aku sendiri rasakan seperti hati pecah beribu.serpihan serpihan itu takkn mungkin bersambung lagi. menyulam cinta bertahun tahun di sekolah .slpas itu berjanji hingga ke jinjang pelamin.namun semua nya tidak menjadi.semua nya gagal.aku gagal memperjuangkan hubungan ini. kau terpaksa memilih antara pilihan keluarga dan aku.dan kau sesungguhny memilih dia.mungkin aku bukan yang terbaik.ya Allah.kuatkanlah iman di hati ku ya Allah.aku tak sanggup lagi.hati ini luluh..mata ini tidak berhenti mengalir air mata. mengalir seperti air di sungai.aku tak sanggup melihat semuanya.. kenapa kau masih mereply mesej ku..kau sudah ada dia.aku sedih dengan pilihan mu.knpa kau tak pertahankan kisah kita.knapa kau lebih memilih diaa. kau kata kau cinta.tapi knapa  ini yang ku dapat. kau sememangnya menghancurkan peluang yang aku bagi.aku sudah memberi mu pilihan yang kedua.tapi ini yang ku dapat..aku sedar,aku ...

pelik manusia ini

PELIK YA, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. PELIK YA, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi. PELIK YA, betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam. PELIK YA, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali. PELIK YA, dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain. PELIK YA, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi. PELIK YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan, saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan. PELIK YA, betapa seruan dan teriakan yang berpanjanga...

Once Upon A Time

Assalammualaikum,selamat malam,banyak yang saya telah lalui pada hari ini dan hari sebelum belumnya.saya malas nak menaip panjang panjang.tapi saya suka bercakap.malam ni tadi saya takde kawan utk berckp sbb smua org dah lost contact ataupun tengah busy masa cuti sem ni...ok.dipendekkan cerita.. once upon a time.., malam ni tadi semasa tengah scroll scroll saya menjumpai sesuatu di internet.hahaha.and i likes it.walaupun tak 100% betul tapi inilah yang dikatakan fakta. fakta tentang kehidupan.cewahhh. jadi mari kita kenal diri kita sebelum kita kenal diri orang lain.dan mana tahu dalam membaca ini nanti anda akan memahami sikap keluarga,kawan mahupun kawan istimewa anda.. panjang panjang plak aku merepek ni.biasala fakta mengatakan perempuan ni lebih byak bercakap..hahahaha.ok.saya adalah SINGA. anda pulak... Januari 01-09 ~ hamster Januari 10-24 ~ Tikus Januari 25-31 ~ Singa Februari 01-05 ~ Kucing Februari 06-14 ~ Merpati Februari 15-21 ~ Kura-kura Februari 22-28 ~ Har...

JOM MANDI SONGSANG

Assalammualaikum,kembali kita hari ini.tajuk Mandi Songsang.mesti korang rasa pelik kan.sebenarnya,Mandi Songsang ni baik dan kita dapat banyak kelebihan jika diamalkan.Kebiasaannya, ramai yang mandi bermula dengan menjiruskan air di bahagian kepala. Sebenarnya situasi ini memberikan impak buruk kepada otak dan kesihatan diri. Sistem saraf otak akan mengecut kerana siraman air tersebut seterusnya membuatkan sistem otak terjejas. Selain itu, pertahanan badan menjadi lemah, seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan di`setting’ kan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan Adakah anda pernah dengar apa maksud mandi songsang? Mandi songsang itu merupakan amalan mandi bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala) Mandi songsang merupakan kaedah terapi yang hebat serta menghasilkan k...

Kenangan Manis Zaman Sekolah

Assalammualaikum,sempena HARI GURU 2015 saya nak refresh nostalgia zaman zaman legend dahulu.walaupun takde sangkut paut dengan hari guru.tapi ianya ada kaitan dengan sekolah.. jadi zaman sekolah ni dimana kita belajar dan bercampur dengan setiap lapisan masyarakat.jadi,buat para para pelajar yang berada diluar sana ingatlah pda guru anda.Selamat Hari Guru kepada TABIKA KEMAS JEPAK SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN JEPAK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BARU BINTULU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMENA BINTULU POLITEKNIK MUKAH SARAWAK selamat hari guru Zaman sekolah merupakan antara kenangan manis yang diingati ramai. Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari di sekolah. Juga inilah zaman anda banyak mencipta kenangan pahit manis bersama kawan-kawan. Kami bawakan 33 kenangan manis zaman sekolah yang dilalui oleh ramai pelajar sekolah, termasuk kami. 1. Sebelum SPM : “Kita jumpa lepas SPM, ok?”. Lepas SPM: Semua dah hilang 2. Setiap tahun sekolah hantar surat...

THINKING OUT LOUD

Assalamualaikum,.. pembuka bicara bulan mac. salam petang.. its been one month ..i been not writing..mungkin penulisan aku penuh dengan bahasa rojak yang hanya menyakitkan hati para cendiakawan dan bara ilmuan bahasa..tapi dah nak buat macam mana aku dan tak belajar bahasa Malaysia dan Bahasa English kat IPTA ni. memang lah ada belajar tapi belajar menggunakan ayat untuk presentation..selalunya presentation tubaca je point pont dari slide.lepass tu blah.. ok.bukan pasal tu sebenanya nak diberitahu tentang petang ni..petang ni saya nak bagi tahu pasal benda menarik yang membuatkan saya tertarik ciki ciki boom..bende nya adalah FINAL EXAM.. yeay betapa happy nya FINAL EXAM akan menyusul tiba.bukan sebab exam,..tapi pasal cuti exam ni nanti...oh best nya..hidup..4 bulan tak balik..nak menangis je rasanya..rindu my hometown..cewah jiwang nya.. ok,berbalik kepada tajuk thinking out loud ni tadi.saya terambik dari tajuk si ED SHEERAN yg menyanyi tu.dia punyalah suara macam perghhh g...

Crush itu apa?

Image
CRUSH TU APA? Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai: “Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…” Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA. Kenapa pulak dosa?! Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu...

KISAH 2015 BERMULA

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Sudah lama jari jemari ini belum menari menari di papan kekunci.. Sekarang tahun baharu, 2015 2014 sudah lama menghilang..   Setahun yang lalu ,Aku sibuk dengan assignment yang di buat masa last minute dan final exam yang aku perlu skor untuk dapat 4.0 Nasib tak menyebelahi aku..aku cuma dapat 3.06 je..berharap sem 2 ni akan dapat 4.0.memang tinggi cita citaku itu,tapi tak salah kalau kita nak archieve goal tinggi tinggi… aku tak mahu sekadar bermimpi,aku mahu berusaha sehingga aku benar benar berjaya..aku tak mahu di label sebagai perempuan yang tidak berkerjaya.aku mahu jadi seorang yang berkerjaya yang mampu sara diri dan tanggung keluargaku sendiri. Sekarang aku sedang menyibukkan diri dengan rugby dan persatuan pusat islam di poli.aku tidak mahu orang pandang serong dengan pelajar it(teknologi maklumat) yang hanya menghadap laptop.aku mahu seimbang ketiga tiga nya.sukan,persatuan dan pembelajaran. Belajar tak susah.yang ...