Menyukai seseorang dalam DIAM merupakan satu JIHAD , iaitu Jihad dalam melawan nafsu . #Renungkanlah.
Allahumma solli 'ala Muhammad
HasbunaAllah wani'mal wakeel
ﺍﻟﻠَّـﻬُﻢَّ ﻛَﻤَﺎ ﺣَﺴَّﻨْﺖَ ﺧَﻠْﻘِﻲ ﻓَﺤَﺴِّﻦْ ﺧُﻠُﻘِﻲ “AlLahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.” " Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku." [Hadith Sahih - Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban].
SIBU: Menurut legenda jika Tugau batuk di kawasan jajahannya di Sungai Retus, ia kedengaran di perkampungan tepi laut Igan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari tempatnya. Demikianlah hebatnya Tugau, raja suku Melanau, seperti yang dikisahkan oleh Penghulu Sahari Ubu, 84, ketua kepada 1,200 anggota komuniti suku Melanau di Kampung Nangka, satu-satunya penempatan suku Melanau di Sibu. Tahun lepas, Penghulu Sahari mengetuai 120 pengikutnya masuk ke kawasan di mana sebatang tiang rumah panjang Tugau tertimbus dalam tanah beratus-ratus tahun lamanya di kuala Sungai Retus dan Sungai Igan (anak sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia). "Menurut kisah yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Tugau adalah seorang lelaki yang memiliki kekuatan dan saiz yang luar biasa. Tiang seri rumah panjangnya amat besar. Jika seorang dewasa mengukurnya dengan sepemeluk, hujung jari pun tidak dapat bertemu," cerita Sahari. Beliau dipercayai hidup 500 tahun sebelum ketibaan Islam ...
KENALI IKAN TERUBUK MASIN SARAWAK Terdapat dua (2) dua jenis terubuk di Sarawak iaitu:- (a) Terubuk laut atau Tenualosa macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk; (b) Terubuk sungai (Tenualosa toli) muncung (mulut lebih besar dan panjang) juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini. Fakta Mengenai Ikan Terubuk Masin Sarawak Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik.Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo dan Teluk Bengal.. Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ad...
Comments
Post a Comment