PENDOSA TANPA NOKTAH
Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk
Ibu Berbuka!
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika
mendengar kisah
benar yang diceritakan oleh seorang ustaz
dalam tazkirahnya
di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru
baru ini. Sekitar
awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit
seorang diri di
rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib
terutamanya di bulan
Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan
orang diserang
histeria.
Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan
ustaz tadi yang
ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM
Kuantan untuk
diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan
satu peristiwa
menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun
sebelum itu dia
tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal
dan liar. Tidak
mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari
ibunya meminta
dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu
sedang tidur.
Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali
disuruh siibu, dia
tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan
perasaan marah
kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke
pasar dengan
hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk
ibunya memasak.
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari
itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba
tiba dia
menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk
syaitan. Dalam sedu
tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa
yang saya
beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak
tahu.
“Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli
daging babi
ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda
itu.Ustaz
tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu
saja yang
mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu
hari dalam bulan
Ramadhan saya belikan daging ular yang siap
dipotong untuk
ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa
ceritanya lagi. Saya
bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu
buat sup.
Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang
disangkakannya
sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu
memberitahu ustaz itu
lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan
meninggal dunia.
Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf
dan bertaubat.
Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib
terutamanya bulan
Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa
kejahatannya memberi
ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan
ular. Dia tak
mampu menahan perasaan bersalahnya ketika
itu yang
menyebabkan dia akan menangis dan meracau
setiap hari
mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu
yang sudah tiada di
muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah
malam itu begitu
teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman
moden ini anak
yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri
seperti dilakukan
pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu
dengan
mengingatkan hadis nabi bahawa malaikat
berdoa , laknat
Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan
kedua ibu
bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu
bapa boleh
pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.
Tetapi sepuluh
orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang
tuanya ketika
mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan
dijadikan
pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.
Sekian
Comments
Post a Comment