TALK TO SELF

Cakap dekat diri sendiri;
.
Sebenarnya, taklah susah untuk saiko diri supaya happy.
.
Cuba senyum. Senyum sendiri. 
.
Tengok langit biru, senyum. Kena angin segar, senyum. Tengok pakcik makcik jual sayur, senyum.
Tengok pada kaki sendiri. Masih elok ada sepasang kaki. Senyum lagi. Masih mampu untuk teguh berdiri. Tetap berdiri walaupun macam-macam perencah dalam hati.
.
Hari-hari yang muram, jalanilah dengan puasa. Nabi s.a.w. sabda,
.
"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.” (HR Bukhari).
.
Sekurang-kurangnya gembira dapat berbuka puasa. Senyum pada makanan. Syukur masih mampu menelan. Bila solat, senyum menitis air mata. Syukur masih diberi kesempatan bertemu minta maaf dengan Tuhan.
.
Selepas bersolat. Duduklah seketika atas sejadah. Renung. Nabi ada pesan lagi,
.
"Jalan menuju syurga dirintangi dengan berbagai kesulitan. Sedangkan jalan menuju neraka ditaburi dengan rangsangan hawa nafsu."
.
Sulit itu jalan ke Syurga rupanya. Senyum lagi. Syukur sedang berada di laluan sulit. Yakin, di hujung jalan ada gerbang masuk ke sana.
.
Teleku seketika. Bibitkan istighfar sepatah dua. Ingat kalamullah,
.
"Dan demi jiwa dan penyempurnaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan merugilah orang yang mengotorinya.”(QS. Asy Syams [91] : 7-10).
.
Senyum sendiri lagi. Seandainya tidak diuji begini, susah sekali melafazkan istighfar. Syukur. Dia sudi lagi tuntun hati. Bantu sucikan hati. 
.
Tenangkanlah jiwamu. Ambillah masa untuk tenangkan hati. Ingat akhirat sana.
.
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabb-mu dengan hati yang puas dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.(QS.Al Fajr [89] : 27-30)
.
Seterusnya. Senyum dan senyum.
.
Yakinlah.
.
Pada tiap jiwa, Allah telah tetapkan bahagia.Cuma perlu masa.
.
Selamat bertenang.
:')  and laila saeeda

Comments

Popular posts from this blog

DOA KETIKA MELIHAT CERMIN

Anak Bumi Kenyalang : Tugau

Pemohonan Transkrip Akademik Politeknik Mukah