Posts

Showing posts from October, 2016

BEREHAT

info info sarawak berhenti untuk seketika

Anak Bumi Kenyalang : Ikan Terubuk Masin

KENALI IKAN TERUBUK MASIN SARAWAK Terdapat dua (2) dua jenis terubuk di Sarawak iaitu:- (a) Terubuk laut atau Tenualosa macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk; (b) Terubuk sungai (Tenualosa toli) muncung (mulut lebih besar dan panjang) juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini. Fakta Mengenai Ikan Terubuk Masin Sarawak Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik.Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo dan Teluk Bengal.. Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ad...

Anak Bumi Kenyalang : Sarawak

Kenali Sarawak Bumi Kenyalang. Sarawak adalah negeri yang terbesar sekali di dalam Malaysia dan saiznya menyamai keluasan Tanah di Semenanjung Malaysia. Sarawak telah mencapai kemerdekaan penuh pada 16 September 1963 dan setelah itu sama-sama bergabung dengan Singapura, Sabah dan Malaya(Semenanjung Malaysia) untuk menubuh negara Persekutuan Malaysia. Sarawak telah memilih burung Kenyalang dari spesis Enggang sebagai lambang negeri ini kerana terdapat begitu banyak sekali burung dari jenis itu wujud di dalam wilayah negeri ini berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Sarawak terdiri daripada 11 bahagian iaitu bahagian pertama Kuching, kedua Sri Aman, ketiga Sibu, keempat Miri, kelima Limbang, keenam Sarikei, ketujuh Kapit, kelapan Bintulu, kesembilan Kota Samarahan, kesepuluh Mukah dan kesebelas Betong. Sarawak telah mempunyai tiga buah bandaraya iaitu Bandaraya Kuching Utara, Bandaraya Kuching Selatan dan Bandaraya Miri. Sarawak juga mempunyai sebuah Gua yang terbesar di dunia ...

Anak Bumi Kenyalang : Nabau

Image
"Ular ini dikaitkan dengan Mitos  masyarakat Iban mengenai anaconda dari alam halimunan yang dikenali sebagai ‘Nabau’ yang turut mengisi kisah banjir besar di Sarawak pada 12 Januari lalu. Seorang warga emas dari daerah Song, Kapit memberitahu, mengikut kepercayaan masyarakat Iban, Nabau dianggap sebagai anaconda misteri. Berdasarkan cerita orang tua-tua, Nabau hadir dengan misteri yang tersendiri. Apabila munculnya Nabau, ia seolah-olah membawa petanda akan berlaku sesuatu kejadian besar. Masyarakat Iban dahulukala mempercayai sekiranya Nabau muncul secara merentangi sungai, maka banjir besar akan berlaku. Mungkin juga banjir besar yang berlaku di Sarawak baru-baru ini berpunca daripada kehadiran Nabau tersebut. Secara ringkasnya, Nabau digambarkan sebagai anaconda berkepala seperti naga dengan tujuh lubang hidung. Nabau juga dipercayai mempunyai kesaktian tersendiri iaitu mampu menjelma dalam pelbagai bentuk untuk menyembunyikan identitinya yang dikatakan ...

Anak Bumi Kenyalang : Boyan Kayong

"Lagenda Hantu Bangkit Di Kuching" Boyan Kayong, satu legenda hantu bangkit (juga disebut sebagai orang kayong) yang cukup misteri di Sarawak. Ia dikaitkan dengan penduduk asal Kampung Boyan dan Kampung Gersik yang datangnya dari Pulau Boyan, Kabupaten Gresik di Jawa Timur. Terdapat versi lain yang menyatakan bahawa istilah kayong itu berasal dari bahasa Melanau di bahagian Matu Daro, dikaitkan dengan golongan perabangan, kisah ikan sebelah dalam masyarakat Melanau dan sebagainya. Tetapi menerusi sedikit pembacaan di laman sesawang, nama Boyan Kayong ini bermula di sebuah tempat di Indonesia. "Pulau Boyan: Sejarah dan Fakta" Boyan atau Bawean, merupakan gelaran penduduk yang berasal dari Pulau Boyan. Boyan membawa maksud 'ada sinar matahari' dan pulau ini dikenali sebagai Pulau Puteri kerana golongan lelaki keluar merantau ke segenap tempat di Nusantara. Di dalam pulau ini terdiri dari masyarakat Jawa dan beberapa kumpulan minoriti. Sebagai contoh, orang ...

Anak Bumi Kenyalang : Tugau

SIBU: Menurut legenda jika Tugau batuk di kawasan jajahannya di Sungai Retus, ia kedengaran di perkampungan tepi laut Igan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari tempatnya. Demikianlah hebatnya Tugau, raja suku Melanau, seperti yang dikisahkan oleh Penghulu Sahari Ubu, 84, ketua kepada 1,200 anggota komuniti suku Melanau di Kampung Nangka, satu-satunya penempatan suku Melanau di Sibu. Tahun lepas, Penghulu Sahari mengetuai 120 pengikutnya masuk ke kawasan di mana sebatang tiang rumah panjang Tugau tertimbus dalam tanah beratus-ratus tahun lamanya di kuala Sungai Retus dan Sungai Igan (anak sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia). "Menurut kisah yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Tugau adalah seorang lelaki yang memiliki kekuatan dan saiz yang luar biasa. Tiang seri rumah panjangnya amat besar. Jika seorang dewasa mengukurnya dengan sepemeluk, hujung jari pun tidak dapat bertemu," cerita Sahari. Beliau dipercayai hidup 500 tahun sebelum ketibaan Islam ...

Anak Bumi Kenyalang : Bujang Senang

Image
Misteri Keganasan Bujang Senang di Sarawak Bujang Senang merupakan seekor buaya yang terkenal dengan kisah keganasannya..buaya ini bermastautin di sungai-sungai besar di Sarawak, khasnya Sungai Batang Lupar dan Sungai Sarawak..kisah kekejamannya bermula di era 8 -an lagi apabila ramai penduduk Sarawak menjadi korban kekejamannya…Buaya yang paling tersohor di Sarawak ini Buaya Hitam Putih yang diberi nama Bujang Senang. Bujang Senang menjadi mashur apabila sekumpulan buaya jenis ini mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal tahun 1990-an. Kehebatan Bujang Senang terserlah dengan kebolehannya untuk meloloskan diri dari penembak tepat (sniper), penangkap buaya professional dan juga bomoh dan pawang pawang sehingga ada sekumpulan masyarakat setempat menyatakan Bujang Senang adalah binatang jelmaan..saksikan gambar ngeri ini… Sungai sungai di Sarawak juga seringkali menjadi tumpuan apabila berlaku serangan atau amukan buaya yang berlaku d...

Anak Bumi Kenyalang : Batu Kudik

Image
SIMUNJAN: Cerita legenda sebuah rumah panjang bertukar menjadi batu akibat panahan petir ratusan tahun lalu mungkin menarik kehadiran pengunjung ke sebuah lokasi dekat Kampung Semalatong di sini. Ia dikenali sebagai Batu Kudik di kalangan penduduk sekitar. Kisahnya bermula apabila seorang wanita tua bersama cucunya meminta belas kasihan agar diberi makanan dan minuman daripada penduduk sebuah rumah panjang di situ yang pada masa itu mungkin merayakan Gawai Antu atau majlis perkahwinan sambil bergelak ketawa. Tanpa menghiraukan permintaan itu, mereka cuma mentertawa dan mempersendakan seterusnya menghalau wanita tua dan cucunya. Sedih dan marah apabila diperlakukan sedemikian, cucu wanita itu mengikat pakaian di ekor seekor anjing dan menyalakan ekor menyebabkan anjing tersebut berlari ke arah orang ramai yang sedang mabuk di rumah panjang. Melihat anjing itu berlari, orang ramai mentertawakan anjing itu, lantas rumah panjang itu disambar petir. Pada permukaan Batu Kudik, terdapa...

DOA KETIKA MELIHAT CERMIN

ﺍﻟﻠَّـﻬُﻢَّ ﻛَﻤَﺎ ﺣَﺴَّﻨْﺖَ ﺧَﻠْﻘِﻲ ﻓَﺤَﺴِّﻦْ ﺧُﻠُﻘِﻲ “AlLahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.” " Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku." [Hadith Sahih - Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban].