Anak Bumi Kenyalang : Nabau
"Ular ini dikaitkan dengan Mitos masyarakat Iban mengenai anaconda dari alam halimunan yang dikenali sebagai ‘Nabau’ yang turut mengisi kisah banjir besar di Sarawak pada 12 Januari lalu. Seorang warga emas dari daerah Song, Kapit memberitahu, mengikut kepercayaan masyarakat Iban, Nabau dianggap sebagai anaconda misteri.
Berdasarkan cerita orang tua-tua, Nabau hadir dengan misteri yang tersendiri. Apabila munculnya Nabau, ia seolah-olah membawa petanda akan berlaku sesuatu kejadian besar. Masyarakat Iban dahulukala mempercayai sekiranya Nabau muncul secara merentangi sungai, maka banjir besar akan berlaku. Mungkin juga banjir besar yang berlaku di Sarawak baru-baru ini berpunca daripada kehadiran Nabau tersebut.
Secara ringkasnya, Nabau digambarkan sebagai anaconda berkepala seperti naga dengan tujuh lubang hidung. Nabau juga dipercayai mempunyai kesaktian tersendiri iaitu mampu menjelma dalam pelbagai bentuk untuk menyembunyikan identitinya yang dikatakan sebesar kayu balak dan panjangnya dipercayai melebihi 30 meter.“
Allahualam
Comments
Post a Comment