CORETAN CUCU ADAM

aku menulis bukan kerana terpaksa tetapi kerana minatku,atas kerelaan jiwa,

sungguh berpuitis tetapi tiada sesiapa yang ingin mendengarnya menghayatinya mahupun menjiwainya..

di sekeliling hanya terbentuk suatu pagar keramat yang memisahkan aku dan dunia luar.

hidup berseorangan yang hanya dipimpin oleh cahaya cahaya keberkatan yang senantiasa bersamaku,

kehidupan yang sentiasa sama hanya dipenuhi dengan gelak ketawa orang yang menindas mu,yang memandang rendah kepada mu,yang sentiasa ingin menjatuhkan mu,,sungguh kenapa??

kerana
kerana

kau istimewa

sunnguh pun hidup mu seorang diri ingatlah cucu Adam,ALLAH S.W.T sentiasa bersamamu..

penulisan ku bermula apabila jari jemari ku menaip tanpa henti diatas papan kekunci yang berbunyi setiap malam,setiap masa,.
menaip sehingga jari jemariku lenguh tidak bermaya lagi,bersyukur hanya jari jemari yang begitu,dan bersykur bukan hati ku yang begitu..
dahulu,,
aku pernah berputus asa tentang hidup kerana ku fikir dunia telah memalingkan diri kepadaku,namun.,ianya tipu belaka,.

aku bukan untuk membangkitkan cerita terdahulu,tetapi aku mahu menunjukkan kebaikan orang yang selama ini bersama ku,yang baik dengan ku,disaat ku berkasar dengan mereka tetapi merekalah yang mendekatiku ,memujukku,menyayangi ku.. dan sentiasa memberikan semangat kepadaku,,
wahai keluargaku,terima kasih tak terhingga..

wahai para sahabatku,aku bersyukur juga kerana kalian menolongku..

disaatku rebah di muka bumi ini kalian menolongku,
kalian mengangkatku memimpinku,membingbingku sehingga aku boleh berdiri sendiri lagi.

oh kalian memang berharga kepadaku..

hidupku bagaikan si gagak
ingin menyesuaikan diri dengan sekeliling tetapi tidak berjaya laluku terbang mencari tempat baharu,
tetapi sampai bila??
sampai bila aku harus terbang jauh untuk mencari tempat yang menerimaku..sedangkan tempat itu sudah ada cuma aku yang belum menyedarinya..

oleh itu,aku akan memastikan tempat itu akan dijaga dan cantik

                                            T E R I M A      K A S I H


Comments

Popular posts from this blog

DOA KETIKA MELIHAT CERMIN

Anak Bumi Kenyalang : Tugau

Pemohonan Transkrip Akademik Politeknik Mukah