Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

jangan pernah menyerah
;3
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Jamil datang ke rumah Ustaz Ibrahim
menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan
penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak
mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus
asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau
teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan
berlawan… setelah satu masalah selesai, satu
masalah baru pula timbul.
Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata
apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke
dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim
mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih
ketiga-tiganya serentak.
Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan
lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk
kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak
apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan
membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah
20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah,
telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.
Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh
lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut.

Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk
memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas
kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh.

Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba
air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya
penuh aroma kopi.
“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.
“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi)
telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air
mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi
berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat
dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air
mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah
pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu
kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian
air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa
mereka dalam air mendidih, mereka menukar
seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi
aroma seperti yang diminum Jamil tadi,
” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.
Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan
penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila
kesusahan melanda, bagaimana Jamil
menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji
kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang
tersentak dengan persoalan itu.

Wahai anakku,
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu,
bagaimana engkau harus menghadapinya?

Adakah kamu seperti lobak merah yang nampak
kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan,
kamu bertukar menjadi lembik dan hilang segala
kekuatan?
Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang
bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan
setelah melalui musibah, luaran kamu nampak
tidak berubah, akan tetapi hati kamu dah bertukar
menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur.
Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih, kamu
mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga
keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang
menakjubkan.

Jadi siapakah kamu, wahai anak kesayanganku?
Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi
kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan,
ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku
berharap kamu bertindak seperti biji kopi,
bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling
kepada situasi positif.
Waktu yang paling sukar adalah masa terbaik
untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

DOA KETIKA MELIHAT CERMIN

Anak Bumi Kenyalang : Tugau

Pemohonan Transkrip Akademik Politeknik Mukah