HARAM TETAP HARAM

Couple Islamik ?
Ikhlas Dari Ana Untuk Sahabat Semua
Bacalah , insyaALLAH ada manfaat darinya .
Kisahnya mengenai 3 org .
Syafiq , Safura dan Muhammad .
Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh .
Beberapa lama kemudian ,
Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura . Matanya mengalahkan Zinnirah . Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan . 
Pergh ! 
Cantik sangatlah jika nak diceritakan .
Tetapi , Syafiq cuba tahan . 
Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah .
Beberapa tahun berlalu .
Akhirnya , apabila Syafiq berada di Tingkatan 5 , dia sudah tidak mampu bertahan .
Dia mengatur langkah dan akhirnya , Safura tewas pada pujuk rayunya .
Walaubagaimanapun , mereka ini sedar
yang mereka orang Islam . Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’ . 
Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple .
"COUPLE ISLAMIC" . 
Asal keluar , pergi tempat terbuka . 
Tak mainlah tempat gelap-gelap ni .
Bukan itu sahaja , Safura kena pakai tudung labuh .
Syafiq pula pakai serban dan jubah . 
Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa , keluar bawa Al-Quran . 
Berhenti di kedai makan , tadarrus lagi . Jalan pula , mana ada pegang-pegang tangan , mereka ikut cara Nabi Musa .
Lelaki di depan , perempuan di belakang .
Bila balik rumah , missed call pagi-pagi . Suruh qiamullail . 
Hah! kan Islamic punya couple tu .
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian , Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad . 
Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC . 
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat
duduk . 
Bila duduk , Muhammad bertanya ,
"Have you married ?" .
"No ." , jawab Safura .
"So , why you sit together with this ajnabi alone here" , tanya Muhammad .
"Kami couple , tapi Islamic way" jawab Syafiq .
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu .
Muhammad pun memulakan ceritanya .
"Aku ni muallaf . Asal dulu aku kristian . Tinggal kat Singapore . Dulu , aku suka sangat makan babi . Kalau sehari tak makan , pengsan aku . Pernah sekali mak aku terlupa beli babi , aku masuk wad malam tu . Tetapi , Alhamdulillah , Allah buka pintu hati aku untuk terima
hidayah-Nya . Bila aku masuk Islam , aku dapat tahu , dalam Islam tak boleh makan babi . Aduh , pening kepala aku . Macam mana aku nak buat ni ?
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam . Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia . Tapi
aku . mana ada . Jadi , time kat hospital tu aku fikir .
Akhirnya , aku jumpa satu jalan keluar . Aku nak Islamkan babi tu . Aku beli seekor anak babi . Dari kecik aku jaga dia . Seekor lalat pun aku tak bagi dekat .
Setiap jam aku mandikan dia . Lepas 3 hari , aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah . Lepas tu , tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu . Asal dia berak
aku vacuum terus . Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun . 
Lepas dua tahun , masa yang ditunggu-tunggu tiba . Masa untuk sembelih babi ni . Tengok-tengok babi ni takde leher . Tapi , lantaklah . Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni . Lepas tu , aku pun masak la bakut teh .
Tengah-tengah makan , nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan . Muka macam lapar je . Aku pun ajak la dia makan .
" Ustaz ! jom makan . Babi Islam nih .”
Tercengang Ustaz tu lalu terus berlalu sambil Istighfar .
Esoknya aku berjumpa Ustaz berkenaan dan tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama . 
Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku . 
yang haram tetap haram
dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang haram .
Bila terdengar kisah itu , Syafiq dan Safura pun sedar .
Kalau benda itu haram , ia tetap haram . Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas .
TERASA ? Maknanya masih ada kesedaran pada diri kita . Bukan nak menghina sesiapa . Tapi , sedarlah akan hakikat
sebenar .
Tiada istilah cinta Islamik sebelum nikah ya . Sekadar kongsi .
Itu adalah crita y d perumpamakan dgn babi... apatah lagi jika ditukarkan kepada 'sahabat' / 'teman'. Semudah itukah kita mengetepikan perasaan cinta yang di pupuk? Semudah itukah kita membersihkn segala sisa perasaan 'cinta' sehingga bersih dari hati kita? Atau kita hanya menggantikan kulit kacang.. sedangkn isiny masih tetap kacang. Jangan tertipu dan terpedaya dgn strategi halus syaitan.
Bercouple islamik adalah gelaran u budak sekolah agama..
Tetapi.. bertunang islamik u gelaran kakak2 dan abang2 di universiti/ kolej agama.
Tapi...andai tidak mampu.. teruslah bangkit.. jangan berputus asa dalam bermujahadah.. jangan sampai xusaha ke arah mujahadah langsung dgn alasan 'tak mampu' / 'dah byk kali ggal'...
Tidak mengapa .. usaha lagi..dan lagi.. smpai la halal. Allah akn menilai d stiap usaha kalian. Tpi andai tidak puny usaha dri kalian, lalu apa yang Allah akan nilaikn?
Tepuk dada tanya diri sendiri. 
                T E R I M A     K A S I H

Comments

Popular posts from this blog

DOA KETIKA MELIHAT CERMIN

Anak Bumi Kenyalang : Tugau

Pemohonan Transkrip Akademik Politeknik Mukah